Tuesday, October 8, 2019

(Biodata) Ezrul Fazuan Bin Rohaizad


Assalammualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan, alhamdulillah syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat aku buat blog ini untuk rakan semua.Semoga rakan-rakan ceria dan sudi baca blog aku. Izinkan aku perkenalkan diri aku bak pepatah "Tak Kenal Maka Tak Sayang"

Nama diberi Ezrul Fazuan Bin Rohaizad lebih dikenal dengan panggilan Juan,Snep atau lainnya yang penting kita boleh akrab dalam berkawan. Aku dilahirkan di Hospital Besar Ipoh dan aku berumur 20 tahun genap pada 20 September 1999 dan aku tinggal di Ipoh Perak. Aku anak bongsu dari empat adik beradik dan aku mempunyai seorang abang kembar. Selain itu, aku berjinak dalam sukan bermula dari umur aku 11 tahun dan sukan aku ceburi iaitu boling padang ("lawnbowls" ). Dalam sukan tersebut aku meneruskan karieraku sampai peringkat antarabangsa sehingga kini. Disebabkan aku aktif dalam bidang kokorikulum, aku ditawarkan menyambung pengajian PraUniversiti di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) selama dua tahun. Aku tamat pengajian di sekolah sukan pada bulan April, dan kini aku melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah selama tiga tahun di Universiti Putra Malaysia (UPM)


Pengajian : 
UPSR ( Sekolah Kebangsaan Seri Ampang ) : 1A 1B 3C
SPM ( Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya ) : 1B 1C+ 3C 2D
PraUniversiti Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail : 2.95


Cukup sekian aku memperkenalkan diri, semoga dapat menjadikan persahabatan diantara kita semakin erat dan akrab. Mohon maaf jika blog aku ada kekurangan untuk semua, ada masa kita jumpa di mana sahaja.











No comments:

Post a Comment