Tuesday, October 8, 2019

Pengalaman di UPM

PENGALAMAN DI UPM

Assalammulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan seluruh UPM. Semoga semua sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan di universiti.

Hari ini aku nak kongsikan sedikit tentang pengalaman minggu pertama sehingga minggu kelima degree aku di UPM Serdang, Selangor. Tahniah kepada semua yang berjaya akhirnya masuk ke Universiti. Pertama kali aku jejak dalam alam universiti ni amat berbeza dengan alam persekolahan macam kita semua pernah lalui. Waktu aku dapat tawaran di UPM, aku juga ditawarkan ke UM dalam bidang kos Pengurusan Sukan tapi aku tolak tawaran tersebut disebabkan aku lebih kepada universiti lain iaitu UPM. Aku nak cerita serba sedikit mengenai UPM tetapi bukanlah pasal sejarah UPM ini ataupun asal usulnya, yang aku nak kongsikan dengan rakan semua tentang perkara yang penting bila berada di UPM. Waktu aku mula mendaftar UPM ni, aku bukan daftar macam pelajar biasa, tpi aku daftar melalui slot dari atlet sukan kerana aku seorang atlet, dan mungkin jadi perbezaan atlet dan pelajar biasa. 

Biasalah masuk sahaja UPM suasana jadi berbeza dengan cara pengurusan dia semua kena sendiri, lebih faham maknanyaa kena berdikari sedikit, dah masuk universiti kan jadi pandai pandai lah. Di UPM ni mempunyai banyak kos pengajian yang juga sampaikan tak terkira, tapi aku dengan pilihan pertama di semakan UPU aku ambil kos bacelor komunikasi, nak jadi wartawan atau pengacara, pengulas tak juga dalam minat aku tapi aku cuba untuk belajar lebih bersosial dan berucap di khalayak umum. Selain itu, minggu pertama dinamakan MINGGU PERKASA bagi semua pelajar yang baru mendaftarkan diri pada hari tersebut dan program itu berlangsung selama seminggu sahaja tetapi kepenatannya minggu perkasa atau dilebih fahami minggu orientasi macam setahun. Dalam minggu perkasa ini banyak aktiviti yang dibuat oleh senior, banyak pengalaman baru dan seronok yang susah untuk dapat. Jadi kolej yang aku tinggal sekarang untuk tahun pertama Kolej Canselor, kolej yang bergabung dengan kolej keenam (Blok Atlet).

Dalam minggu perkasa banyak aktiviti kolej ini dibuat untuk lebihkan semangat antara satu sama lain, bekerjasama dan lain-lain. Kolej ini yang aku dapat takmacam kolej lain sebab kolej memasing ada kelebihan tersendiri dan kekurangan yang ada, tapi bagi aku kolej canselor ini bagus dan dapat membentuk satu keluarga kolej yang erat.






Seterusnya pada minggu kedua aku disini, aku mendapat peluang yang besar untuk mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh pusat kokorikulum dan pembangunan pelajar iaitu Jom Zafina!. Dalam program ini buat pertama kali dapat masuk The Malaysia Book Of Records sebagai rekod penyertaan yang seramai 6728 peserta. Aku bab tarian zafina atau tarian lain-lain memang tiada pengalaman tapi disebabkan program ini banyak pendedahan yang diberi dan mula aku menjinak sedikit demi sedikit dalam tarian ini. Selain itu, aku juga dapat kenal dengan orang baru belajar atau yang sudah lama dalam zafina ini. Program berbentuk tarian kecergasan ini tidak membosankan dan merupakan aktiviti menarik yang boleh menjadi rutin senaman seharian. Ia mampu meningkatkan kesihatan dan sebagai permulaan yang baik dalam memartabatkan senaman kesihatan dalam bentuk tarian. Aku rasa aktiviti yang dibuat di UPM susah nak dapat diluar dan semua ini boleh dijadikan sebagai memori dan pengalaman.











Di samping itu, minggu demi minggu aku berada di UPM, aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti atau program yang dibuat oleh kolej, Apabila aku berada di UPM dan tinggal di kolej, aku perlukan merit yang banyak untuk kekalkan tinggal di kolej untuk semester akan datang. Pada tarikh 19 September 2019 yang lalu, diadakan hari Malam Tunas Budaya yang setiap kolej dan termasuk kolej aku terlibat. Untuk program besar ini bagi aku sangat memuaskan hati dan menyeronokkan walaupon meletihkan diri disebabkan berhempas pulas membuat latihan hanya 2 minggu sebelum hari kejadian. Aku menjadi sebahagain dari kumpulan malam tunas budaya ini mewakili Kolej Canselor ( mustika sixtra ) dan ingin dapat kekalkan kedudukan tangga ke-2 malam tunas budaya pada tahun lepas. Debaran untuk mewakili kolej aku ini memang tinggi disebabkan nak kekalkan kedudukan tapi aku tetap tenangkan diri walaupun rasanya macam jantung nak jatuh. Walaubagaimanpun, aku tahu kolej lain punya latihan dan konsep mereka lebih bagus dari aku punya. Setelah hari kejadian tiba, aku merasai lebih gabra dan menggigil kerana suasana masa aku disana amat riuh dengan sorakkan dari semua kolej. Tetapi selepas semuanya selesai, aku rasa bangga juga walaupun tiada rezeki untuk kekalkan, tetapi Kolej Canselor ( mustika sixtra ) dapat anugerah muzikal terbaik dan teknikal terbaik, dari tidak dapat apa-apa tetap aku dapat hasilnya selama aku berada dalam kumpulan yang bukan biasa-biasa.







Dalam pada itu, minggu keempat yang telah memasuki bulan Oktober aku berada di UPM, terdapat satu aktiviti besar yang akan terlibat dengan semua kolej lagi sekali. Macam aktiviti ini diadakan bagi yang meminati sukan, siapa tidak suka akan sukan, betul bukan?. Macam aku lebih kepada sukan jadinya ini merupakan peluang aku menonjolkan bakat sukan yang ada pada diri aku. Nama program ini diberi Sukan antara Kolej atau lebih dikenali dengan SUKOL. Pada 4 Oktober berlangsungnya perbarisan bagi setiap kolej yang dibuat di Pusat Sukan UPM. Aku terlibat dalam perbarisan SUKOL ini dan aku teringat zaman kanak-kanak dulu aktif jee dalam perbarisan buat rumah sukan, unit beruniform dan lain-lain, tapi benda itu semua berulang dan dapat mengimbau kenangan waktu aku bersekolah dulu. Perbarisan ini mendapat sambutan yang hangat dah dihadiri ramai warga UPM dan keluarga. Kolej aku menggunakan tema lebih kepada tradisional dan itu membuatkan lebih serasi dengan tema "Sayangi Malaysiaku". Walaubagaimanapun, kolej aku mendapat anugerah Motto Terbaik bagi perbarisan SUKOL ini. Sukol ini mempunyai banyak sukan yang dianjurkan terbuka untuk lelaki dan wanita, seperti futsal, bola sepak, ragbi, golf dan lain-lain tapi aku ikuti banyaklah juga untuk aktifkan diri aku dalam sukan yang lain, manalah tahu ada terminat atau terjatuh hati nak main sukan lain. Bagi aku yang siapa tiada minat atau tiada sukan itu, perlulah turut serta untuk mengembangkan sukan untuk diri dan semua.






Akhir sekali, dari awal sehingga minggu kelima ini, banyak pendedahan yang aku dapat di UPM ini. Penuh dengan program yang diberikan untuk aku dan warga UPM juga bagi melaksanakan dengan sebaiknya. Dalam suka ria juga, aku sebagai pelajar perlu tahu tentang isu semasa seperti baru-baru ini fakulti bahasa moden dan komunikasi telah mengadakan Wacana Sasterawan Negara ke-14 yang diberi oleh YBHG Dr Zainon binti Ismail. Selain itu, dalam wacana ini dipecahkan kepada 4 wacana yang diberi dari Prof dan Dr. Seterusnya, aku dapat mengetahui lebih mendalam tentang wacana ini untuk aku mengenal lebih lanjut tentang isu semasa dalam dunia sekarang.




Jadinya sampai disini blog aku tentang pengalaman di UPM dalam masa lima minggu ini, aku rasa banyak lagi nak cerita dekat semua rakan tetapi untuk blog akan datang. Buat blog ini penat juga tapi untuk semua, aku buat untuk kali pertama dan harap semua ceria dan tiada sedihlah baca blog aku ni, tapi apa nak disedihkan?. Blog untuk akan datang, lebih banyak aku nak kongsi dekat semua pasal UPM ini. Jika ada masa kita berjumpa lagi di blog. 








No comments:

Post a Comment