Tuesday, October 8, 2019

Pengembaraan



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan. Semoga semua sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan. Untuk blog kalini aku hendak kongsikan serba sedikit pengembaran ke destinasi yang menarik. Aku yakin semua pernah mengembara ke mana sahaja, kalau tiada mengembara itu aku rasa macam peliklah sedikit. Destinasi untuk kalini yang aku nak kongsi dengan rakan semua adalah destinasi ke Sarawak.





Seperti yang beberapa orang tahu aku kena pergi berjalan-jalan tetapi aku menaiki kapal terbang ke Kuching baru-baru ini. Jadi aku hendak kongsikan cerita sedikit tentang negeri yang diberi nama Sarawak. Pertama sekali aku sampai di Kuching Sarawak ini, dia punya suasana sangat berbeza dengan di semenanjung Malaysia. Aku tertarik di Sarawak ini disebabkan aku boleh mendapat ilmu disini untuk lebih mengenali tentang kaum dan budaya orang di Sarawak. Aku pergi ke Sarawak hanya untuk bercuti dan berkembara  dan ini kali ketiga aku jejak di muka Bumi Kenyalang. Pengambaraan ini juga agak bermakna bagi aku kerana perlu ada pengembaraan yang boleh disamakan pengembaraan di luar negara.






Sebelum aku membeli tiket flight dan tempahan hotel, aku ada buat sedikit carian di laman-laman web di Internet. Aku cari semua ini pun untuk memudahkan aku dan keluarga aku bercuti di Sarawak, Pada mulanya aku susah untuk mendapatkan tempat tinggal disini kerana harga yang aku mahukan sangat tinggi dan sebagainya, tetapi aku ada kawan di Sarawak dan dia banyak dapat menolong aku dalam hal pengembaraan ini. Jadi setelah semuanya selesai dan mengambil tempahan melalui kawan aku, bermula lah pengembaraan aku untuk mengenali bumi Sarawak lebih mendalam walaupun ini kali ketiga aku pergi ke sini. Aku memulakan dengan menaiki pesawat AirAsia sebab masa itu tiket murah sebab ada promosi AirAsia buat. 









Selepas itu, aku tidak sabar untuk melawat tempat yang aku ingin tuju setiap kali datang Kuching Sarawak ini. Jadi ada 7 buah rumah kesemuanya, bermakna kita kena kenal 7 cop lah. Rumah tersebut adalah Rumah Cina, Rumah Melayu, Rumah Melanau, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Iban dan Rumah Bidayuh. Aku mulakan dengan Rumah Cina. Kebetulan masa itu, tuan rumah tengah kukus kuih Ang Koo. Sejenis kuih tradisional cina. Dalam ada inti kelapa, inti kacang hijau dan kacang merah. Rasanya boleh tahan juga sebab tidak pernah makan kuih ini. Tapi agak melekit macam kuih koci. Kemudian aku pergi ke Rumah Melayu dimana tuan rumah sedang bakar kuih bahulu dan kuih kapit. Selepas itu, aku ke Rumah Melanau (rumah yang paling tinggi sehingga 4 tingkat). Kemudian ke Rumah Orang Ulu, Rumah Penan sebelum ke Rumah Iban. Di rumah Iban aku berjumpa dengan wakil tuan rumah yakni orang Iban sendiri. Beliau memakai pakain orang Iban dengan parang disampingnya.












No comments:

Post a Comment