PENGENALAN MAKANAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan aku yang sudi baca blog aku ini. Anda semua pasti mengetahui serba sedikit tentang makanan tradisional tetapi tidak semestinya sedikitkan, sebab makanan tradisional merupakan makanan tradisi kita semua dari dulu lagi. Selain itu, makanan tradisional ini sangat popular dalam kalangan masyarakat sekarang di Malaysia. Makanan ini bukan sahaja dapat tarikan di negara kita, tetapi juga menjadi tumpuan di serata negara. Terdapat pelbagai jenis makanan yang mengikut kaum utama di negara aku ini. Contohnya nasi lemak, roti canai dan yong taufu.Kita pun semua tahu yang makanan tradisional ini makin hari makin popular walaupun negara kita sudah mencapai status maju.
Aku mulakan dengan budaya makanan tradisional Malaysia ini dengan budaya orang Melayu. Pelbagai lauk pauk tidak akan sempurna jika tidak diiringi dengan nasi. Terutamanya nasi lemak, merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya pada waktu sarapan. Nasi lemak ini merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambah aromanya.
Selain itu, bagi aku makanan tradisional yang popular bagi kaum iaitu kuih bulan yang selalu dibuat oleh kaum Cina. Bagi aku kuih ini rasanya boleh tahan jugalah, sebab dengan bahannya yang dimasukkan dengan kacang merah atau dengan telur kuning yang ditengahnya. Kuih ini sudah lama dibuat waktu zaman dahulu lagi dalam perayaan yang dirai oleh kaum Cina. Ditengah kuih ini tersebut diletakkan pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak.
Akhir sekali, aku nak kongsikan satu makanan yang memang orang akan kenal dan ramai gemarkannya bila keluar lepak santai di kedai mamak. Mestilah semua tahu kan, yang lain tidak bukan mesti roti canai. Roti canai atau paratha dan puri ini pada asalnya ialah makanan kegemaran kaum India. Pada waktu ini roti canai ini dapat berjaya meletakkan tarafnya bersama dengan nasi lemak yang diminati oleh sebilangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment